ARKIB : 18/08/1998
HAJAT meraih kejuaraan berganda
selepas memenangi Piala Liga memaksa Pulau Pinang mengatur persiapan cukup rapi
termasuk menyertai kejohanan tiga penjuru di Stadium Bandaraya pada 23 hingga
25 Ogos ini.
Perlawanan persahabatan dengan
Terengganu dan Balestier Central FC dari Singapura itu merupakan ujian kepada
Pulau Pinang yang memburu kejuaraan kedua iaitu Piala Malaysia.
Setiausaha Persatuan Bola Sepak
Pulau Pinang (FAP), Abdul Wahab Mohamed berkata, sebelum bermula perlawanan
antara tuan rumah dengan Terengganu, penyampaian Piala Liga akan disampaikan
kepada skuad harimau kumbang selaku juara.
Abdul Wahab dalam kenyataan
yang dikeluarkan di Pulau Pinang semalam memberitahu, peminat bola sepak yang
ingin menyaksikan kejohanan itu dikenakan bayaran RM10 (dewasa) dan RM5
(kanak-kanak) bagi tempat duduk grandstand.
Sementara itu, kata beliau,
bagi tempat duduk teres pula, peminat bola sepak dikenakan bayaran sebanyak RM5
(dewasa) dan RM2 (kanak-kanak).
Menurut beliau, bayaran tiket
tersebut dikenakan kerana FAP terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar untuk
menampung keperluan pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0818&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_08.htm#ixzz4KHAqLZo8
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan