ARKIB : 14/06/1999
PERSATUAN Bola Sepak Pulau
Pinang (FAP) kecewa dengan persembahan buruk para pemain Pulau Pinang ketika
menentang Pahang di Stadium Darulmakmur, kelmarin.
Keputusan perlawanan itu
menyebabkan Pulau Pinang, yang menjuarai liga bola sepak Perdana Satu musim
lalu kini sukar memepertahankan kejuaraan musim ini.
Timbalan Presiden FAP, Datuk
Dr. Ibrahim Saad berkata: ''Saya kecewa dengan mutu permainan yang ditunjukkan
pemain Pulau Pinang kelmarin.
''Pemain sepatutnya bermain
bersungguh-sungguh di peringkat awal lagi kerana Pulau Pinang boleh
mempertahankan kedudukannya yang agak baik sebelum ini,'' katanya kepada
pemberita ketika ditemui di majlis taklimat menghadapi pilihan raya Pergerakan
Wanita UMNO Permatang Pauh dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Permatang
Pauh, Bukit Mertajam, semalam.
Dr. Ibrahim berkata demikian
sebagai mengulas kekalahan Pulau Pinang 0-1 kepada Pahang di Kuantan, kelmarin.
Perlawanan itu dicemari insiden
pergaduhan antara pemain pertahanan Pahang, K. Ramachandran dan penyerang Azman
Adnan sehingga kedua-dua dibuang padang.
Lebih malang lagi, Azman yang
menjadi tonggak utama serangan tidak dapat beraksi pada perlawanan terakhir
musim ini kerana penggantungan automatik akibat insiden di Kuantan itu.
Dr. Ibrahim berkata, pasukan
Pulau Pinang sekarang semakin sulit untuk mempertahankan gelaran juara liga.
Selain memenangi perlawanan
terakhir menentang Perak dengan jaringan besar di Stadium Bandaraya Sabtu ini,
mereka juga mengharapkan Pahang kalah kepada Kedah di Alor Setar.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0614&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4RsXGKmBb
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan