ARKIB : 05/07/2000
PULAU Pinang meneruskan
penguasaan di tangga teratas bole sepak Liga Perdana Satu apabila menambah tiga
mata penuh selepas menewaskan Pahang 1-0 dalam perlawanan di Stadium Bandaraya,
semalam.
Jaringan tunggal pulau pinang
diperoleh menerusi Moey Kok Hong pada minit ke-11.
Pada babak pertama, Pulau
Pinang mula menunjukkan kebangkitan apabila Hasmawi Hassan membuat kencang dari
jarak 25 meter, tetapi bola berjaya ditepis penjaga gol Pahang, Mudzar Mohamad
pada minit ketiga permainan.
Pasukan pelawat mempamerkan
aksi kurang bermaya apabila menerima asakan bertali arus tuan rumah yang
akhirnya menghukum Pahang.
Berpunca dripada tindakan
penjaga gawang Mudzar Mohamad menumbuk bola ke tengah padang, menyaksikan Fauzi
Soh terus menyambar kesempatan yang terhidang dan melakukan rembatan kencang ke
arah pintu gol Pahang.
Rembatan itu kemudian disudahi
dengan tandukan Moey Kok Hong untuk jaringan pertama Pulau Pinang pada minit
ke-11.
Tuan rumah mendapat peluang
lagi turut tersaji selepas itu, namun barisan serangannya gagal memanfaatkan
kesempatan sehingga berakhir babak pertama dengan Pulau Pinang mendahului 1-0.
Permulaan separuh masa kedua
pula gagal menyajikan aksi menarik tanpa sebarang percubaan bahaya daripada
kedua-dua pasukan.
Bagaimanapun, Pulau Pinang
tetap mempunyai kesempatan hasil rembatan kencang Khairil Zainal dari jarak 30
meter, tetapi berjaya ditangkap penjaga gol gantian Pahang, Azrul Hisyam Yusof
pada minit ke-67.
Begitu juga Pahang terlepas
peluang apabila penjaga gol Pulau Pinang, Kamarulzaman Hassan menjadi
penghalang selepas menepis rembatan kencang Wan Ahmad Ridzuan pada minit ke-73.
Pasukan tuan rumah kembali
melakukan beberapa serangan balas tetapi gagal menepati sasaran.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_09.htm#ixzz4aNzYVc00
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan