ARKIB : 16/07/2004
JURULATIH Pulau Pinang, Yunus Alif berang dengan persembahan buruk
pasukannya sehingga membawa padah kekalahan 4-1 kepada Pahang di Stadium
Bandaraya, Pulau Pinang dalam saingan bola sepak Liga Super kelmarin.
Disaksikan hampir 10,000 penonton sambil mengharapkan tuah beraksi di stadium yang baru diubahsuai, Pulau Pinang bagaikan terpukau dengan aksi pasukan pelawat.
Yunus berkata, para pemainnya begitu mudah membiarkan lawan berkeliaran tanpa dikawal. Kelekaan itulah yang membawa padah kepada Pulau Pinang.
Detik awal kekalahan skuad Pulau Mutiara sebenarnya telah dipamerkan pemain seawal babak kedua lagi, walaupun separuh masa pertama permainan dilihat agak seimbang dengan Pulau Pinang mampu mencipta keputusan seri.
``Selepas 15 perlawanan mereka masih tidak mampu mendorong dan memotivasikan diri. Mereka lebih gemar bersikap mendiamkan diri tanpa mahu menaikkan semangat diri dan rakan,'' kata Yunus

Tiada ulasan:
Catat Ulasan