Pulau Pinang benam Negeri Sembilan 2-0
Oleh KOSMO!
5 September 2020, 12:05 am
Oleh NOOR HASLIZA NUSI
GEORGE TOWN – Pulau Pinang mengekalkan rekod tanpa kalah apabila melakar kemenangan bergaya 2-0 menewaskan Negeri Sembilan di Stadium Bandaraya Pulau Pinang di sini malam ini.Pemain import dari Brazil, Anselmo Arruda Da Silva membuka tirai jaringan buat pasukan yang mendapat jolokan Harimau Kumbang pada minit ke-6.
Jaringan gol itu menyuntik semangat skuad kendalian ketua jurulatih, Manzoor Azwira Abd. Wahid dalam usaha mengintai penambahan mata, namun disekat pasukan pelawat sehingga di akhir separuh masa pertama.
Pada aksi pertama perlawanan itu, beberapa percubaan ke arah pintu gol lawan oleh jentera serangan Pulau Pinang tidak menepati sasaran dan dihalang oleh penjaga gol Negeri Sembilan, Mohammad Kaharuddin Abdul Rahman.
Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan Pulau Pinang sekali lagi berjaya meledakkan jaringan pada minit ke-62, hasil sepakan Changhoon Lee.Pulau Pinang dilihat masih mencari peluang untuk menggandakan jaringan ke kubu lawan, namun skuad bimbingan Sazali Saidun semakin kemas mengawal rentak permainan menerusi gandingan penyerang dari Brazil, Igor Carneiro Luiz dan Jose Almir Barros Neto.
Bagaimanpun, usaha skuad Hobin Jang Hobin untuk meraih gol pertama daripada sepakan percuma minit ke-78 berjaya ditepis penjaga gol Pulau Pinang, Sameul Jacob Somerville.
Dalam aksi tanpa sorakkan ramai penyokong, Pulau Pinang berjaya mengekalkan kedudukan 2-0 hingga ke wisel penamat. SUMBER– K! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan