Rabu, 26 April 2017

PULAU PINANG 0-2 JOHOR DT


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pulau Pinang 0-1  Johor DT
                          m-7 Gonzalo Cabrera

                          m-25 Azamuddin Akil

PULAU PINANG 0-1 JOHOR DT


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pulau Pinang 0-1  Johor DT

                          m-7 Gonzalo Cabrera

Isnin, 24 April 2017

Yunus berang aksi buruk

ARKIB : 16/07/2004
JURULATIH Pulau Pinang, Yunus Alif berang dengan persembahan buruk pasukannya sehingga membawa padah kekalahan 4-1 kepada Pahang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang dalam saingan bola sepak Liga Super kelmarin.
Disaksikan hampir 10,000 penonton sambil mengharapkan tuah beraksi di stadium yang baru diubahsuai, Pulau Pinang bagaikan terpukau dengan aksi pasukan pelawat.
Yunus berkata, para pemainnya begitu mudah membiarkan lawan berkeliaran tanpa dikawal. Kelekaan itulah yang membawa padah kepada Pulau Pinang.
Detik awal kekalahan skuad Pulau Mutiara sebenarnya telah dipamerkan pemain seawal babak kedua lagi, walaupun separuh masa pertama permainan dilihat agak seimbang dengan Pulau Pinang mampu mencipta keputusan seri.
``Selepas 15 perlawanan mereka masih tidak mampu mendorong dan memotivasikan diri. Mereka lebih gemar bersikap mendiamkan diri tanpa mahu menaikkan semangat diri dan rakan,'' kata Yunus

Sabtu, 1 April 2017

Zainal optimis hadapi Felda


Syajaratulhuda Mohamad Rosli
1 April 2017
     Zainal optimis hadapi Felda
Boo Lim (duduk kiri), Zainal Abidin (dua dari kiri) dan Zairil (duduk kanan) bersama beberapa pemain Pulau Pinang menunjukkan jersi baharu pasukan itu.

KETUA Jurulatih Pulau Pinang baharu, Zainal Abidin Hassan optimis dalam menghadapi Felda United, Ahad nanti.

Menurutnya, sesi latihan berjalan lancar bermula Isnin lalu dan berharap akan memperolehi kemenangan pada 9 April nanti.

Beliau turut berharap agar Harimau Kumbang membawa pulang tiga mata penuh pada perlawanan pertama dibawah bimbingannya kerana menyifatkannya sebagai amat penting.

"Latihan berjalan dengan lancar dan persediaan dibuat sejak hari pertama saya membimbing Pulau Pinang. Apa yang penting, disiplin yang tinggi dalam pasukan, insyaALLAH kita akan memperoleh kemenangan nanti.

"Saya yakin Pulau Pinang akan menunjukkan prestasi yang baik namun saya tetap berdoa agar empat pemain yang mengalami kecederaan dapat beraksi semula untuk menentang Felda nanti," katanya kepada media.

Zainal Abidin berkata, Jafri Chew, S Kumaahran, Rafiuddin Roddin, dan Andy Russell sedang dipulihkan daripada kecederaan untuk waktu ini.

"Untuk waktu ini, semua pemain yang mendapat panggilan kebangsaan telah pulang dan menjalini latihan dengan segera. Nigel Dambiyaba pula akan mula berlatih pada Isnin ini kerana dia baru tiba dari Papua New Guinea.

"Apa yang penting, saya mahu pemain bermain dalam keadaan yang selesa dan tenang," katanya.

Terdahulu, Zainal Abidin bersama Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari dan Pengurus Besar Hotel Lone Pine, Khoo Boo Lim hadir di majlis kerjasama antara FAP dan Hotel Lone Pine dalam penjualan dan promosi jersi baharu Harimau Kumbang di Batu Feringghi di sini.

Mengulas tentang perkara itu, Zairil berkata, FAP kini bekerjasama dengan lebih 80 hotel sekitar negeri ini dalam penjualan jersi baharu itu.

"Jersi ini boleh dibeli di hotel-hotel sekitar Pulau Pinang yang mana, peminat bolasepak tidak perlu lagi ke pejabat FAP untuk pembelian jersi. Disamping mempromosikan jersi yang akan dipakai sepanjang musim ini, ia juga bertujuan mempromosi bolasepak Pulau Pinang.

"Terima kasih kepada Persatuan-Persatuan Hotel Malaysia (MAH) kerana menyokong pasukan Pulau Pinang dengan sudi bekerjasama dalam mempromosikan jersi. Peminat bolasepak boleh mendapatkannya di kedai  dalam hotel dengan harga RM65," katanya
Sumber=SINAR HARIAN ONLINE 1 April 2017