Khamis, 21 September 2017 |
11:16am
KETUA Jurulatih Pulau Pinang,
Zainal Abidin Hassan menyifatkan perlawanan menentang T-Team malam tadi sebagai
'hidup dan mati' pasukan. - Foto DANIAL SAAD
Ibarat lupa bawa kasut: Zainal
Abidin
BATU KAWAN: Peluang Pulau
Pinang untuk mengekalkan kedudukan dalam Liga Super musim depan terus tertutup
apabila tewas 0-2 di laman sendiri, ketika menentang T-Team di Stadium Negeri
Batu Kawan, di sini, malam tadi.
Ketua Jurulatih Pulau Pinang,
Zainal Abidin Hassan berkata, walaupun perlawanan itu disifatkan sebagai 'hidup
dan mati' pasukan, namun anak didiknya gagal menguasai perlawanan selain
mempersiakan semua peluang untuk menjaringkan gol.
"Ibarat pemain tidak
membawa kasut untuk menjaringkan gol...amat mengecewakan sekali kerana
perlawanan inilah yang paling banyak sekali kita cipta peluang sehingga peluang
terbuka pun kita sia-siakannya.
"Kalau kualiti macam ini
susah untuk bersaing di Liga Super," katanya kepada pemberita selepas
perlawanan malam tadi.
Dalam perlawanan itu, T-Team
menjaringkan gol menerusi Muhammad Fauzi Abdul Kadar pada minit ke-28 dan Mohd
Asrol Ibrahim pada minit ke-58.
Bagaimanapun, Zainal Abidin
berkata, skuad Harimau Kumbang akan terus berusaha dan apa yang penting ketika
ini adalah menjaga maruah pasukan itu.
"Kami akan terus berusaha
dan inilah saat saya nak lihat pemain mana yang mempunyai mental yang kuat
untuk bermain dalam pasukan Pulau Pinang," katanya.
Ditanya jika pasukan itu tidak
berjaya mengekalkan kedudukan dalam Liga Super pada musim depan, bekas
pengendali Pahang itu, berkata pemain harus menerima keputusan dan tindakan
yang akan diambil pihak pengurusan.
Pulau Pinang, yang kini
tercorot liga dengan 12 mata, akan menentang Perak pada 30 September ini dan
Selangor (21 Oktober) – Bernama
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Khamis,
21 September 2017 | 11:16am
Tiada ulasan:
Catat Ulasan