ARKIB : 04/02/2005
PULAU PINANG - Setelah meraih
dua kemenangan dalam saingan awal Liga Super pembimbing baru skuad Pulau
Mutiara, Norizan Bakar dilihat semakin serasi dengan skuad Pulau Pinang. Malah
lebih membanggakan, skuad Harimau Kumbang telah menghasilkan empat jaringan
tanpa dibolosi gol.
``Syukur... dua perlawanan kami
(Pulau Pinang) menang. Sebenarnya masih awal untuk memberi komen. Apa pun
kemenangan itu satu permulaan yang baik bagi pasukan,'' ujar Norizan ketika
dihubungi di Pulau Pinang, semalam.
Pada perlawanan pembuka tirai
29 Disember lalu Pulau Pinang membelasah Sabah 3-0 dan Selasa lalu skuad Pulau
Mutiara menewaskan Melaka Telekom 1-0.
Menerusi dua kemenangan itu, ia
memberi keyakinan yang tinggi kepada pemain untuk berdepan kunjungan skuad elit
Pahang di Stadium Bandaraya, Sabtu ini.
``Diharapkan kejayaan dua perlawanan
lalu memberi semangat dan sikap positif di kalangan pemain untuk beraksi dengan
lebih baik selepas ini,'' katanya.
Skuad Tok Gajah di bawah
bimbingan Zainal Abidin Hassan yang masih belum kalah dalam dua perlawanan lalu
sudah pasti mahu menjadikan Pulau Pinang sebagai mangsa mereka yang ketiga.
``Pahang sebuah pasukan yang
baik. Sudah tentu kedua-dua pasukan mahukan kemenangan. Namun apa yang penting
pemain (Pulau Pinang) perlu mempamerkan aksi terbaik,'' katanya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4gOWKmdDZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan