Mohd. Firdaus Ismail
26 Julai 2017 11:23 PM
BATU KAWAN 26 Julai - Skuad
Harimau Kumbang akhirnya berjaya melakar kemenangan pertama di halaman sendiri
dalam saingan Liga Super musim ini dengan menewaskan Pahang 2-0 sebentar tadi.
Beraksi di Stadium Negeri di
sini, tuan rumah membuka jaringan seawal minit ke-7 menerusi Mark Hartman dan
kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, skuad
kendalian Zainal Abidin Hassan terus
melancarkan serangan ke arah gawang Tok Gajah dan hasilnya Sanna Nyassi berjaya
menjaringkan gol kedua pada minit ke-64.
Bagaimanapun, Pulau Pinang
masih menghuni tangga tercorot liga dengan mengumpul 12 mata - UTUSAN ONLINE
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pulau-pinang-raih-kemenangan-pertama-di-halaman-sendiri-1.507853#ixzz4ob7Siwg4
© Utusan Melayu (M) Bhd