ARKIB : 25/11/1998
SETELAH barisan serangan
diperkuatkan Azman Adnan, benteng pertahanan ''harimau kumbang'' pula akan
lebih mantap apabila ketua pasukan Perlis, V. Thinagaran dan pemain tengah
Shahril Arsat dari Selangor bersedia untuk ''beralih angin'' ke Pulau Pinang, musim
depan.
Timbalan Presiden Persatuan
Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Dr. Ibrahim Saad, memberitahu, selain
Thinagaran dan Shahril, beberapa lagi pemain pasukan negeri turut berada dalam
senarai pemilihan ''harimau kumbang.''
Namun, kata beliau, penyerang
Domi Che Non dan penjaga gol, Ahmad Sobri Ismail digugurkan berbanding dua
pemain, Moey Kok Hong dan Chee Wan Hoe yang ''diikat'' lebih awal bagi membawa
cabaran musim depan.
''Selain Azman, pada dasarnya
Thinagaran sudah bersetuju untuk mewakili Pulau Pinang musim depan, begitu juga
dengan Shahril.
''Pulau Pinang juga sedang
meneliti untuk menyerapkan dua pemain Piala Presiden dan tonggak pasukan Piala
Emas Raja-Raja Pulau Pinang, Hasnizal dan Hasrinizam Hashim,'' kata beliau.
Kedua-dua adik beradik,
Hasnizal dan Hasrinizam dipilih untuk mengikuti latihan skuad ''harimau
kumbang'' selepas menunjukkan prestasi cemerlang sewaktu membantu Pulau Pinang
menewaskan Kedah 4-0 untuk menjuarai Piala Agong baru-baru ini.
Azman menjadi sandaran terbaik
Pulau Pinang yang ketandusan penyerang berkaliber pada musim depan selepas FAP
mengambil keputusan menggugurkan Domi.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4PW5YNNhv
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan