ARKIB : 09/04/1999
BERSANDARKAN barisan sama,
Pulau Pinang lebih bersemangat untuk menghadapi Sabah dalam perlawanan Liga
Perdana Satu di Stadium Bandaraya, esok.
Kemenangan tipis 1-0 ke atas
Kedah dalam tempoh 90 minit permainan jelas membayangkan betapa Pulau Pinang
''serik'' untuk mencipta keputusan seri yang sering tidak menyebelahi skuad
''Harimau Kumbang.''
Kekalahan 3-5 kepada Sarawak
menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa
jaringan dalam tempoh 90 minit menjadi iktibar betapa Pulau Pinang selaku juara
Liga Perdana Satu 1998 memerlukan kemenangan mutlak.
Bagaimanapun, selepas
mengharungi perlawanan dengan Kedah, Pulau Pinang kembali berkeyakinan untuk
memastikan tiga mata penuh menjadi miliknya.
Jurulatih Moey Yok Ham berkata,
Pulau Pinang membuktikan kemampuan untuk menewaskan Kedah yang juga merupakan
sebuah pasukan handal sekalipun dibarisi ramai pemain baru.
''Saya berharap, mereka
(pemain) akan mempergunakan setiap kesempatan yang terhidang ketika menghadapi
Sabah nanti,'' tambah beliau.
Pulau Pinang akan menentang
Sabah dengan barisan handalan yang diketuai penyerang berbisa, Azman Adnan
untuk mencari kemenangan berterusan bagi mencerahkan peluang mengekalkan
kejuaraan Liga Perdana Satu.
Selain Azman, turut
memperkuatkan Pulau Pinang ialah rakan sepasukannya dari Selangor, penjaga gol,
Azlisham Ibrahim, Shahril Arsat dan Asmawi Bakiri.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_05.htm#ixzz4RSlRafPP
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan