Ahad, 13 September 2020

Manzoor tak sangka 'baham' JDT II

 SUKAN»Bola

Ahad, 13 September 2020 | 3:39pm

Aksi pemain JDT II dan Pulau Pinang pada perlawanan Liga Perdana di Larkin, malam tadi.

Aksi pemain JDT II dan Pulau Pinang pada perlawanan Liga Perdana di Larkin, malam tadi.

Manzoor tak sangka 'baham' JDT II

Oleh Rizar Mohd Noor

rizar@mediaprima.com.my

JOHOR BAHRU: Pengendali Pulau Pinang, Manzoor Azwira Wahid kagum dengan aksi luar biasa pemainnya yang berjaya menundukkan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 2-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Katanya, menentang pasukan yang hebat seperti JDT II, walaupun ia pasukan sokongan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) bukanlah tugas mudah tatkala mereka dibarisi pemain berkualiti terutama Liridon Krasniqi, Kiki Insa, Syazwan Andik (Mohd Ishak) dan beberapa pemain lagi.

"Saya akui sukar menamatkan perlawanan dengan kemenangan dan ia memberi semangat kepada pemain mengharungi empat perlawanan lagi. Malah, kalau boleh saya mahu pemain mengesahkan tempat lebih awal ke Liga Super.

"Keadaan padang yang licin menjejaskan kelancaran permainan kerana taktikal sebenarnya lebih terarah bermain secara umpanan pantas dan bergerak dalam satu pasukan dan situasi itu menyebabkan corak serangan kurang meyakinkan.

"Kelebihan yang ada pada kami apabila mendapat peluang terbaik, pemain tidak mensia-siakan," katanya.

Ditanya mengenai insiden pada minit ke-65 apabila pengadil perlawanan, Khirulazuan Kidam tidak menghadiahkan sepakan penalti selepas bola didakwa terkena pemain pertahanan JDT II, Manzoor Azwira tampak enggan mengulas mengenai insiden itu.

Sebaliknya, dia menyifatkan ia perkara biasa dalam permainan bola sepak kerana sudut pandangan pengadil dan barisan kejurulatihan Pulau Pinang berbeza.

Manzoor juga berpuas hati dengan komitmen setiap pemain yang diturunkan terutama Anselmi Da Silva yang berjaya mencetuskan semangat kepada barisan pemain untuk berjuang habis-habisan bagi memastikan kemenangan.

"Kelibat Endrik Dos Santos dan Lee Chang-hoon juga memainkan peranan tatkala tidak pernah jemu untuk memberi tekanan kepada barisan pertahanan JDT II.

"Aksi seterusnya, kami akan berdepan Kuala Lumpur di laman sendiri dan saya anggap ia ibarat final kerana pasukan itu juga tampak hebat selepas berada di tangga kedua dan mengumpul 17 mata sama dengan kami," katanya.SUMBER-SUKAN BH ONLIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan