SUKAN»Bola
Sabtu, 12 September 2020 | 11:19pm
Kei Hirose cuba melepasi kawalan pemain Pulau Pinang pada aski Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi. - Foto FB JOHOR Southern Tigers
Pulau Pinang kukuh cengkaman
Oleh Rizar Mohd Noor
rizar@mediaprima.com.my
JOHOR BAHRU: Pulau Pinang gah di persada Liga Perdana selepas menang tipis 2-1 menewaskan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.
Kemenangan itu pasti melonjakkan moral skuad bimbingan Manzoor Azwira Wahid yang kini berbaki empat perlawanan lagi memburu slot ke saingan Liga Super selepas musim lalu terpaksa menggigit jari akibat pemotongan enam mata oleh Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA).
Namun, Pulau Pinang yang mengutip 17 mata tampak diberi cabaran hebat daripada Kuala Lumpur yang turut mengumpul mata yang sama dan dipisahkan dengan perbezaan jaringan.
Keinginan skuad Haria Penang Haria memburu kemenangan dibuktikan seawal minit keempat selepas Khairu Azrin Khazali yang tidak dikawal mengambil kesempatan merembat bola dari jarak 30 meter tepat ke penjuru kiri gol menewaskan Haziq Nadzli.
Pelawat menggandakan asakan memburu gol kedua apabila bola rembatan leret Anselmo Da Silva di luar kotak penalti pada minit ke-12 memaksa Haziq merebahkan badan untuk menampan bola sebelum di keluarkan kapten, Kiko Insa.Pemburuan tuan rumah untuk mencipta gol penyamaan akhirnya menjelma pada minit ke-30 selepas bola tandukan Feroz Baharuddin hasil sepakan sudut Kei Hirose gagal diselamatkan Sommerville untuk mengikat jaringan 1-1.Berbaki dua minit babak pertama untuk ditamatkan, pelawat kembali mendahului dengan jaringan 2-1 selepas gerakan menarik Lee Chang-hoon yang melintangkan bola membolehkan Endrik Parafita yang tidak di kawal melakukan sepakan voli yang menewaskan Haziq.SUKAN»BolaSUMBER-BH ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan