Sabtu, 18 Mac 2017

P. Pinang hampiri juara

ARKIB : 12/08/2001
PULAU Pinang semakin hampir untuk menjulang kejuaraan bola sepak Perdana Satu apabila menumpaskan Kelantan 2-0 di Kota Bharu, semalam.

Hasmawi Hassan menjadi wira Pulau Pinang apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ketiga dan 62.

Pulau Pinang kini hanya memerlukan satu kemenangan sahaja lagi daripada baki tiga perlawanannya untuk muncul juara musim ini.

Pencabar terdekat Pulau Pinang, Terengganu terus menghidupkan saingannya setelah menumpaskan pasukan tercorot, Johor 2-0 di Kuala Terengganu.

Perak pula hampa di gelanggang sendiri apabila tewas 3-1 kepada Pahang.

Negeri Sembilan juga ditimpa malang bermain di tempat sendiri, tumpas 2-1 kepada Perlis di Paroi.

Melaka pula menghidupkan peluang untuk terlepas dari zon bahaya tersingkir ke Perdana Dua apabila seri 1-1 dengan Kuala Lumpur di Stadium Kubu.

Selangor juga terpaksa berpuas hati apabila sekadar memungut satu mata setelah seri tanpa jaringan dengan Sarawak di Stadium MPPJ, Kelana Jaya.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0812&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4bi7Hboc1 © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan