ARKIB : 06/07/2000
KEMAMPUAN seluruh pemain untuk
mengatur gerakan melegakan Pulau Pinang yang kini sudah bersedia beraksi di
mana sahaja termasuk menghadapi Selangor dalam perlawanan Perdana Satu di
Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Berdasarkan kepada perlawanan
terdahulu, Pulau Pinang tidak lagi bergantung kepada pemain tertentu untuk
menghasilkan gol kerana kesemua pemain yang disenaraikan mempunyai keupayaan
merobek kubu lawan, lapor ZAINU'L AZHAR ASH'ARI.
Jurulatih Irfan Bakti,
memberitahu, komitmen kesemua pemain menguatkan keyakinan kepada Pulau Pinang
untuk mempamerkan permainan lebih baik dalam usaha mengekalkan kedudukan di
tangga teratas Perdana Satu.
''Walaupun Selangor sebuah
pasukan yang kuat, saya tetap yakin dengan pemain Pulau Pinang kerana kemampuan
mereka bermain di mana sahaja,'' kata beliau ketika dihubungi di Pulau Pinang,
semalam.
Bagaimanapun, kata Irfan,
pemain Pulau Pinang seharusnya memperbaiki beberapa kelemahan dalam usaha untuk
memenuhi matlamat bagi mengungguli takhta Perdana Satu.
''Pemain memberikan komitmen
cukup baik...cuma sedikit sahaja kelemahan perlu diatasi terutama dalam mencari
penyudah yang berkesan,'' tambah beliau.
Menurut Irfan, pemain Pulau
Pinang dapat melakukannya sebagaimana ditunjukkan dalam beberapa perlawanan
sebelum ini sehingga membolehkan skuad ''harimau kumbang'' melonjak ke
kedudukan tersebut.
Sementara itu, jurulatih
Pahang, Fuzemi Ibrahim berkata, kekalahan 0-1 kepada Pulau Pinang disebabkan
pemainnya gagal menyaingi rentak permainan skuad ''harimau kumbang''.
''Kita (Pahang) sudah mengatur
corak taktikal tetapi pemain gagal menunjukkan tahap permainan seperti
diharapkan dalam separuh masa pertama yang menyebabkan pintu gol bocor pada
minit ke-11,'' kata beliau.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_09.htm#ixzz4aO2YVda9
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan