ARKIB : 18/08/2001
PERSAINGAN bola sepak Liga
Perdana Satu masih berbaki dua perlawanan tetapi barisan pemain Pulau Pinang
boleh mengukir senyum kerana 75 peratus daripada hadiah wang tunai akan menjadi
milik mereka, lapor AHMAD SYAHIR KASSIM.
Ganjaran yang ditawarkan bagi
juara Perdana Satu ialah sebanyak RM150,000 dan ini bermakna anak buah Irfan
Bakti akan berkongsi wang sebanyak RM112,500.
Presiden Persatuan Bola Sepak
Pulau Pinang (FAP), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, pemberian insentif itu
tercatat dalam perjanjian antara pemain dengan persatuan.
Katanya, para pemain juga akan
menerima bonus tambahan sekiranya berjaya memenangi Piala Malaysia.
``Banyak pihak berminat memberi
sumbangan kepada persatuan, tetapi pemberian bonus tambahan kepada pemain belum
boleh ditentukan,'' katanya di Pulau Pinang, semalam.
Dan ketika Harimau Kumbang
bersiap sedia meraikan kejayaan, lima pasukan menunggu nasib sama ada berjaya
mengisi baki tiga tempat automatik ke Piala Malaysia.
Negeri Sembilan, Perak,
Sarawak, Melaka dan Kuala Lumpur bersaing hebat merebut tiga tempat itu.
Melaka di tangga ke-10 tetapi
berkongsi 21 mata dengan Kuala Lumpur di tangga ke-11, mengharapkan mata penuh
ke atas Terengganu di Stadium Kubu.
Kuala Lumpur berkunjung ke
Kuching menentang Sarawak yang juga belum selamat untuk berada antara tiga
tempat berkenaan.
Cuma Perak mungkin tidak
menghadapi masalah di Stadium Larkin untuk mengatasi Johor yang sudahpun
tersingkir ke Perdana Dua musim depan.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0818&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4bjFemHD7
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan