ARKIB : 02/05/2001
Oleh MOHD. SHAHIR KASSIM
PENDAHULU Perdana Satu,
Terengganu terus unggul apabila meranapkan rekod tanpa kalah Pulau Pinang
dengan kemenangan tipis 1-0 dalam perlawanan mendebarkan di Stadium Batu Kawan,
semalam.
Terengganu yang menguasai
perlawanan sejak minit pertama mencipta beberapa gerakan menarik melalui rangkaian
penyerang Wan Rohaimi Ismail, Sapian Wahid, Hairuddin Omar dan Rosdi Talib
mengkucar-kacirkan pertahanan Pulau Pinang yang diketuai Chee Wan Hoe.
Serangan bertubi-tubi
Terengganu membuahkan hasil apabila memperoleh gol pada minit ke-32 menerusi
Sapian yang menyepak kencang menewaskan penjaga gol Kamaruzaman Hassan setelah
menerima hantaran lintang daripada Wan Rohaimi.
Pulau Pinang yang tidak
menurunkan jeneral padang, Mohd. Nor Derus pada babak pertama terkapai-kapai
mencari rentak untuk mengatur serangan bagi mencari gol.
Menyedari hakikat itu jurulatih
skuad Pulau Mutiara, Irfan Bakti mengeluarkan ayam tambatan, Asmawi Hassan pada
babak kedua untuk memasukkan Mohd. Nor berjaya mengubah rentak permainan dengan
menguasai babak kedua.
Perjudian Irfan memasukkan
Mohd. Nor hampir membuahkan hasil apabila Harimau Kumbang memperoleh peluang
terbaik untuk menyamakan kedudukan gagal memanfaatkan peluang apabila tandukan
kencangnya sedikit tersasar dari gawang gol Terengganu.
Ooi Hoe Guan yang menerima hantaran
daripada Abd. Aziz Ismail memperoleh peluang untuk menutup aib kalah di
gelanggang sendiri gagal memanfaatkan peluang apabila sepakannya sedikit
tersasar di sebelah kiri gawang Terengganu.
Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0502&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4bajPw5RZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan